Tentu pelik kan? Berbelas tahun bersama, lalu ambil keputusan untuk berpisah!
Salam Jiwa-Jiwa yang tenang,
Selepas satu - satu - satu masalah jadi.
Menjadi pemaaf di mulut memang mudah.
Memaafkan di hati payah.
Untuk melupakan jauh sekali.
Tiada usaha untuk nak berubah.
Tiada usaha untuk nak memujuk.
LALU DITAMBAH SATU LAGI KEPEDIHAN!
Satu panggilan telefon yang cukup mencurigakan....cukup meninggalkan kesan.
JELAS, itu dia.
Tidak perlu berdolak-dalih.
Tidak perlu nak cover-cover, memerlahankan suara, makin jelas itu dia!
Pedih! Birat! Luka jenis apa kau tinggalkan ni?
Cukuplah, penat dan letih menghadap situasi ini.'CUKUP, CUKUP, CUKUP!
Keputusan untuk memutuskan tali yang bersambung hampir 18 tahun.
18 tahun - goyah, kukuh, goyang....masih cekal dan utuh tali itu.
Hari ini, semalam, keputusan yang dibuat ialah BERPISAH! πππ
Ini yang terbaik.
Ragu memang ragu.....bagaimana nanti ya? Berbelas tahun bersama....akhirnya keputusan berpisah ini yang dibuat, temtulah AMAT BESAR, AMAT DALAM......
Pasti lain nanti....bisakah bertahan, dengan hidup seorang?
Ehh bukankah selama ini pun lebih banyak "berseorangan"?
Tiada bezanya.....cukuplah 18 tahun, cukup....
Keputusan yang berat, kesannya pasti hebat.
Pada diri sendiri, pada orang sekeliling yang disayangi, MAAFKANKU!
Tapi percayalah, ini yang terbaik!
Buat kita SEMUA - buat diri sendiri, buat awak, buat keluarga kita....
Terima kasih untuk hampir 20 tahun berkenalan, hampir 18 tahun berkongsi hidup.
ENOUGH IS ENOUGH.....πππ
Comments
Post a Comment